Kerjaya Doug Emhoff

Emhoff adalah litigasi hiburan dan memulakan kerjanya di kumpulan litigasi Pillsbury Winthrop. Beliau kemudiannya berpindah ke Belin Rawlings & Badal, sebuah firma butik pada akhir 1990-an. Beliau membuka syarikatnya sendiri dengan Ben Whitwell pada tahun 2000. Firma itu diambil alih oleh Venable pada tahun 2006. Pelanggannya termasuk Walmart dan Merck.[11] Emhoff kemudian menjadi pengarah urusan pejabat-pejabat Pantai Barat Venable.[12]

Emhoff menyertai DLA Piper sebagai rakan kongsi pada tahun 2017. Beliau bekerja di pejabatnya di Washington, D.C. dan di California.[13][14] Berikutan isterinya, Kamala Harris diumumkan akan menjadi calon gandingan dengan Joe Biden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020, Emhoff mengambil cuti dari DLA Piper.[14] Pada 10 November 2020, kempen Biden-Harris mengumumkan Emhoff akan meninggalkan DLA Piper secara kekal sebelum 20 Januari 2021.[15] Seandainya Emhoff meneruskan kerjaya dengan firma itu, akan timbul permasalahan konflik kepentingan untuk pentadbiran Biden-Harris.[15]

Rujukan

WikiPedia: Doug Emhoff http://members.calbar.ca.gov/fal/Licensee/Detail/1... //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://apnews.com/1b5e33b807fe48fb9d7e7bcc79547af... https://apnews.com/article/joe-biden-donald-trump-... https://www.app.com/story/news/politics/2020/08/12... https://www.bbc.com/news/world-us-canada-53758915 https://centraljersey.com/2020/11/12/vice-presiden... https://www.cnn.com/2019/06/02/politics/who-is-dou... https://www.elle.com/culture/career-politics/a2742... https://www.forbes.com/sites/danalexander/2019/08/...